Sabtu, 9 April 2016

SEJARAH GANODERMA




APA ITU GANODERMA?
Ganoderma adalah sejenis cendawan yang mempunyai nilai-nilai perubatan atau farmaseutikal yang unik. Istilah saintifik bagi kulat ini ialah Ganoderma Lucidum, manakala istilah am nya ialah Reishi yakni panggilan bagi masyarakat di Jepun dan Ling-zhi pula panggilan bagi masyarakat di China.
Kulat ini berwarna merah dan mempunyai kulit luar yang keras dan berkilat. Ia adalah lebih terkenal dengan nama Reishi dan Ling-zhi dan telah digunakan oleh masyarakat China dalam bidang perubatan semenjak lebih 3000 tahun lampau.
Bagi masyarakat Islam, Ganoderma telah diketahui semenjak zaman Nabi Musa a.s. Ini ada dijelaskan di dalam al-Quran di dalam Surah al-Baqarah , ayat 57-61. Allah menerangkan bahawa Ganoderma adalah sebaik-baik makanan. Kitab-kitab perubatan Islam zaman dahulukala juga menyebut Ganoderma sebagai ubat yang sungguh mujarab dan istimewa.
Secara umumnya, terdapat lebih 200 spesis Ganoderma. Bagaimanapun hanya 6 jenis sahaja didapati memberikan kesan terapeutik yang tinggi. Tiap-tiap spesis ini mempunyai keistimewaan dan kemustajaban yang tersendiri.
Menurut masyarakat China, Ganoderma berupaya memanjangkan usia dan menjadikan seseorang itu cergas dan awet muda. Ia juga dipercayai dapat meningkatkan aliran darah dan meningkatkan kecerdasan minda. Kerana itu, Ganoderma dikenali sebagai Herba Yang Ajaib.
Kajian-kajian klinikal moden mendapati bahawa Ganoderma berupaya untuk mengawal dan membantu memulihkan:

  • Sistem kulit
  • Sistem saraf
  • Sistem jantung
  • Sistem mata
  • Sistem Ginjal / buah pinggang
  • Sistem pernafasan
  • Sistem aliran darah

Dari kajian-kajian yang dijalankan juga, didapati bahawa Ganoderma mempunyai potensi untuk mengawal dan membantu memulihkan pelbagai penyakit kronik meliputi:
  • Kanser
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Hepatitis
  • Kencing Manis (Diabetes)
  • HIV & AIDS
  • Alahan
Kajian oleh ahli-ahli mikologi dan farmakologi mendapati bahawa Ganoderma mengandungi sebatian-sebatian berikut:

Asid Amino

D-mannitol

Polisakarida

Asid Organik

Ergosterol

Sakarida

Asid Protease

Glukosamin

Sterol

Adenin

Lakton

Triterpenoid

Adenosin

Lisozim

Vitamin

Alkaloid

Oganik Germanium(GE)

Garam Galian

Hasil kajian juga mendapati bahawa Ganoderma mempunyai kandungan khasiat seperti berikut:
Air  - 750.0mg

Kalori   - 1.7

Lemak  - 9.0mg

Serat  - 25.0mg

Protin  - 75.8mg

Besi  - 0.19mg

Kalsium   - 3.0mg

Asid Pantotenik  - 0.032 mg

Vitamin B1  - 0.0016mg

Vitamin B2  - 0.0064mg

Vitamin B3  - 0.076mg

Vitamin C  - 0.0625mg

Vitamin D  - 0.769mg

Fosferus  - 0.03mg

Karbohidrat  - 115.0mg

Bagi setiap 100mg Ganoderma Lucidum asli
Komponen yang penting dalam Ganoderma serta kepentingan dari segi kesihatannya :

  1. Organik Germanium (GE) – Berupaya dalam meningkatkan kemampuan darah untuk menyerap oksigen sebanyak 1.5 kali atau lebih
  2. Polisakarida – Menguatkan lagi sistem immunisasi badan dan meningkatkan kesihatan tubuh badan (yakni melancarkan lagi fungsi pembuluh darah dalam badan).
  3. Adenosin – Menyokong kesihatan terhadap fungsi sistem pengaliran darah ke jantung yang mana dapat mengaktifkan lagi sel-sel badan. Adenosin ini membekalkan nutrien yang berkhasiat dan dapat menguatkan lagi pembuluh darah. Apabila aliran darah berfungsi lancar, kapilari darah ini akan meningkat, maka ia dapat mengangkut bekalan oksigen yang lebih serta nutrien bagi mengekalkan kesihatan yang baik
  4. Ganoderma juga mengandungi mineral, protein, vitamin dan lain-lain sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini.

Ganoderma tidak bertindak langsung terhadap penyakit yang dihadapi, sebaliknya bertindak terhadap elemen dan sel tubuh manusia itu sendiri. Hakikat ini adalah kerana apa jua penyakit yang menimpa manusia adalah berpunca dari elemen dan sel yang tidak sihat, rosak atau binasa.
Daripada laporan-laporan farmakopeia, adalah dilapurkan bahawa ahli-ahli farmakologi telah mendapati Ganoderma amat berkesan terhadap masalah-masalah kesihatan dan penyakit-penyakit seperti berikut:
  1. Meningkatkan tindakbalas terhadap masalah hyperlipidemia ( keadaan darah di mana kandungan lemak melebihi kadar lazim) dan merangsang fungsi koronari terhadap saluran arteri
  2. Membantu memulihkan masalah dan gangguan tekanan darah tinggi atau rendah
  3. Membantu memulihkan masalah asma dan tekanan jiwa yang kronik
  4. Membantu memulihkan masalah tekanan dan neurasthenia ; yakni gangguan secara psikologi dan fizikal terhadap sistem saraf
  5. Membantu memulihkan dan mengimbang semula masalah erythropthisis ( penurunan jumlah kandungan lazim sel darah merah) serta leucocytopenia ( penurunan jumlah kandungan lazim sel darah putih )
  6. Mengawal dan memulihkan penyakit kanser dan penyakit-penyakit degenaratif
  7. Hilang selera makan
  8. Hilang ingatan/nyanyuk
  9. Sumbatan saluran darah
  10. Masalah tulang sendi
  11. Masalah kerongkong
  12. Hepatitis A, B, C, D
  13. Masalah kulit
  14. Gastrik
  15. Masalah kerosakan hati
  16. Sukar tidur malam (Insomnia)
  17. Keracunan makanan
  18. Masalah saluran pernafasan
  19. Masalah keguguran rambut
  20. Masalah bengkak ginjal / buah pinggang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan