Rabu, 4 Mei 2016

penulis adalah encik dr hafiz sulaiman ,boleh direct link diatas        https://www.facebook.com/muiz.h.sulaiman/posts/1263922690301208



HISTAMINE INTOLERANCE - PART1
Anda Wajib Baca Sekiranya Tergolong Dalam Kumpulan Bermasalah "Alergi" Ini.
(Kambing lovers should read this! Alih bahasa: Baca sekiranya nak kembali makan kambing.)
1. Masalah Alergi( Atopy) : Asma (lelah) , resdung (rhinitis), alergi mata (allergic conjunctivitis), gegata (urticaria), alergik makanan.
2. “Gastrik”(gastritis) dan sering loya.
3. Selalu sakit kepala dan migraine. Terutama masa haid bagi kaum hawa.
4. Selalu risau tak bertempat (anxiety) dan panik- berdebar tiba2, menggigil dan takut sakit jantung (panic disorder). Susah tidur.
5. Darah tinggi.
6. Perut sensitif. Salah makan sikit cirit birit.
7. Masalah radang perut seperti Crohn’s disease dan IBS (inflammatory bowel disease).
8. Vertigo.. nampak bilik pusing pusing
Kejadian di atas berlaku selepas makan..atau mungkin berkaitan dengan pengamalan pemakanan harian anda. Pemakanan tinggi AMINES menyebabkan kondisi di atas semakin teruk.Kondisi yang dinamakan:-
(HISTAMINE INTOLERANCE)
Dewasa ini ramai sungguh yang alergik. Macam-macam. Dulu ayahanda memberitahu saya tak pernah pula lihat kes-kes eczema dan alergi yang makin teruk. Alergi ni biasanya memang genetik tapi "triggernya" yang mengaktifkannya pelbagai antaranya toksin dan logam berat, kerosakan perut dan stress.
Hakikatnya penyakit alergi ini masalah genetik. Setakat ini rawatan yang ada hanya mampu mengawalnya. Dan rawatan yang berpotensi merawatnya kemungkinan merupakan kaedah EPIGENETIK yang masih di tahap bayi. Namun saya percaya kaedah seperti terapi NUTRIGENOMIK dan ORTOMOLEKULAR yang menggunakan makanan sebagai nutrisi sel mampu menyokong gene anda dan menutup suis kepada pelbagai penyakit genetik ini insha Allah.
Antara Penyebab Utama Alergi Dari Pemakanan ialah keluarga AMINES, GLUTAMATE DAN SALICYLATE!
1. SALICYLATE:
Kompaun dalam tumbuhan dan buah-buahan serta herba. Akan saya huraikan di post akan datang.
2. GLUTAMATE:
Anda pasti kenal MSG (monosodium glutamate) bukan? Ia merupakan vasoactive amines (menyebabkan pengecutan salur darah ) mengakibatkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dll.
3. AMINES.
Biogenic amines merupakan hasil penguraian protein ataupun fermentasi makanan. Banyak bacteria dan yis mempunyai enzim histidine decarboxylase (HDC) yang menukarkan histidine kepada histamine ataupun mengaktifkan amines.
Antara ahli keluarga amines yang popular
a. Putrecine dan cadaverine : penyebab bau makanan busuk
b. Tyramine : Banyak dalam kambing, coklat, pisang.
c. HISTAMINE:
- Makanan laut, daging,terutamanya yang disimpan lama( segar tak mengapa).
- Makanan fermentasi: Kimchi, yogurt, kefir, kombutcha, keju, sauerkraut dan arak.
- Makanan proses dan jeruk: udang kering, belacan, sotong kering, ikan sardin tin.
- Tekanan perasaan seperti mabuk darat dan mabuk laut serta tekanan exam meningkatkan hormone stress kortisol yang meningkatkan histamin menyebabkan gastritis dan sakit kepala dan loya.
Izinkan saya tumpukan gosip pada Keluarga AMINES dahulu. Histamin merupakan agen signaling yang penting dalam badan antaranya sebagai neurotransmitter ( agen pembawa maklumat saraf). Namun histamine dalam kadar berlebihan dan tidak dibendung boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius termasuk kesempitan salur pernafasan (bronchoconstriction) dan masalah intoleransi yang lain.
Secara asasnya mengelakkan makanan tinggi histamine akan mengurangkan simtom alergi dan simtom yang saya sebutkan pada awal artikel ini.
Sekarang, cara untuk menundukkannya Emotikon wink
Supaya anda dapat makan kambing dan tak bersin-bersin lagi di pagi hari masa mandi atau di pejabat berhawa dingin dan berhabuk.
Tak sakit kepala dan migrain lagi bila datang period.
(hormon wanita estrogen meningkatkan histamine dan histamine meningkatkan estrogen)
Tak takut makan nanti sakit perut. (asid perut tinggi meningkatkan histamin dan histamin tinggi juga meningkatkan asid perut).
Tak mabuk laut atau mabuk darat lagi atau mabuk todi dan arak.
p/s: orang mabuk kalau kurangkan histamine mabuk (hangover) akan hilang cepat.
Kurang gatal-gatal kulit, kurang ruam yang meradang! dan menyebabkan anda stress.
----------------------------------------------------------------------------------------------
DAO Merupakan seteru kuat keluarga Amines!
(Tiada kaitan dengan Dr Azizan Osman atau nama yang serupa dengannya)
DAO merupakan enzim yang banyak terdapat dalam mukosa yang menyelaputi usus kecil dan besar serta buah pinggang. Sebab itu pentingnya perut yang sihat dan tidak bocor (leaky gut), pencegahan SIBO (kuman perut jahat), kecacingan (parasit perut) dan gut dysbiosis ( kuman perut kacau bilau). Ini kerana pada lining perut ini paling tinggi enzim DAO ini. Sup tulang, sup tulang dan sup tulang yang fresh..merupakan bahan penempel usus yang cemerlang dalam hal ini.
Fungsinya ialah MENGURAIKAN HISTAMIN.
[ Kebanyakan pesakit alergi dan histamine intolerance secara genetiknya mempunyai kekurangan enzim DAO]
Berbeza dengan ubat-ubatan yang mempunyai kesan yang singkat (dos 8-24jam), peningkatan enzim DAO bermakna kesan yang lebih berpanjangan. Caranya anda perlu kurangkan makanan tinggi histamin dan banyakkan makanan yang meningkatkan DAO seperti:
- Makanan tinggi Vitamin C.
- Makanan tinggi vitamin B6.
- Makanan tinggi Quercetin.
- Taugeh (pea sprout).
Insha Allah kesannya juga lebih berpanjangan berbanding ubatan antihistamin seperti H1blocker (loratadine) dan H2 blocker (ranitidine) .
Terdapat juga terapi holistik yang meningkatkan enzim DAO ini dengan sangat berkesan dan cepat.
Saya
Tuan-tuan dan Puan-puan, jangan pantang lama-lama….Pantang tak merawat masalah anda…
Makanan yang tinggi dan padat nutrisilah yang akan menyokong gene yang sihat.
Berilah spare part yang berkualiti untuk gene anda membina tubuh yang sihat.
Setelah DAO anda tinggi, dedahkan dengan pemakanan padat nutrisi sedikit demi sedikit sehingga anda dan keluarga anda boleh makan kambing lagi.
Anda akan terperanjat ujian alergi RAST akan berkurangan dengan mendadak insha Allah.
Poin yang saya ingin tegaskan ialah.
1) Kepentingan memelihara kesihatan perut. Elakkan toksin. Banyakkan probiotik (kuman baik) dan prebiotik (makanan kepada kuman baik seperti almanna, sayuran hijau, kekacang) .Pelihara dan pulihkan perut anda yang rosak dengan pemakanan tertentu seperti sup tulang dan makanan lain yang tinggi zat mineral dan vitamin.
*Probiotik banyak terdapat pada makanan fermentasi. Kuman baik probiotik boleh meningkatkan DAO namun bagi yang mempunyai histamine intolerance sebaiknya jangan mulakan dengan probiotik. Tingkatkan kuman baik sedia ada dengan prebiotik.
2) Pantang sekejap : kurangkan makanan tinggi histamine awalnya dan dedahkan dengan pemakanan padat nutrisi untuk menyokong gene yang sihat secara beransur. Dah ok DAO, boleh makan kambing dan seafood balik.
3) Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. Makan banyak perut stress, asid perut tinggi, histamin tinggi bang.
4) Tingkatkan enzim DAO anda. Sangat berkesan insha Allah.
Jangan putus asa, sabar dan doa banyak-banyak. Masalah kronik seperti ekzema, resdung dan masalah histamine intolerance ni memang memerlukan kesabaran yang super tinggi. Ujian yang sangat besar..ada ibu bapa yang 3 tahun tak tidur lena malam jaga anak gatal , keluar masuk hospital berkali-kali dan berhabisan puluhan ribu ringgit kerananya. Moga ganjaranNYA besar kelak di kemudian hari Insha Allah.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada sahabat-sahabat FB saya sekalian terutamanya pesakit kesayangan saya serta rakan seperjuangan saya dalam merawat masalah berkaitan alergi yang semakin berleluasa ini.
-Encik Hafiz Sulaiman-
https://www.facebook.com/muiz.h.sulaiman/posts/1356911164335693

DITULIS OLEH ENCIK DR HAFIZ SULAIMAN.boleh daapatkan maklumat kesihatan dilink diatas
APA ITU HISTAMIN DAN FUNGSINYA.
__________________________
.
1- Histamin ialah satu jenis bahan dari keluarga amines. Ia boleh didapati daripada sumber makanan terutama makanan yang tertapai (peram lama) seperti arak, cuka, yoghurt -probiotik, makanan kering (sotong, udang, ikan bilis, buah kurma dan juga buah-buahan tertentu.
.
2- Histamin juga merupakan molekul biologi badan yang penting terutamanya sebagai agen membawa maklumat saraf (neurotransmitter) serta molekul signal.
.
3- Histamin meningkatkan kesedaran (alertness). Kurangnya histamine menyebabkan mamai contohnnya selepas mengambil ubat antihistamin. Begitulah.
.
4- Histamin juga merupakan pengantara kepada reaksi RADANG dalam tubuh (BENGKAK, MERAH, PANAS, SAKIT DAN HILANG FUNGSI)
.
5- Histamin membantu perembesan asid perut untuk pencernaan. Peningkatan histamin yang tidak terkawal (Histaminosis) mungkin boleh menyebabkan radang perut (gastritis), refluks, esophagitis dan simtom2 psikiatri disebabkan rasangan neurotransmitter berlebihan. Antaranya seperti masalah kerisauan (Anxiety Disorder), Panik (Panic disorder), masalah was-was (OCD), masalah tidur (Insomnia), schizophrenia dan depresi (tekanan perasaan), cepat marah(irritability), hilang focus dan idea yang berpusu-pusu (flight of ideas).
.
6- Histamin membantu melawan jangkitan kuman. Histamin yang dibebaskan di kawasan “matlamat” akan menyebabkan SALUR DARAH MENGEMBANG dan PEREMBESAN CECAIR. Ini memudahkan darah putih, sel pembunuh asli (NK-cells) dan lain-lain komponen imuniti badan ke tempat yang dijangkiti kuman untuk berperang.
.
- Bahan-bahan “asing” yang masuk ke dalam badan sama ada melalui pernafasan, kulit, melalui perut ataupun suntikan akan diserang oleh askar-askar di atas antaranya bahan kimia dalam makanan proses, pewarna dan aditif makanan, logam berat serta jangkitan kuman kronik (berpanjangan).
.
7- Histamin meningkatkan keinginan seksual wanita. Bagaimana? Peningkatan histamin akan meninggikan hormon perempuan (estrogen) dan peningkatan estrogen juga meninggikan histamine dalam badan. Perempuan yang datang bulan, mengandung, atau pengguna jamu yang kebiasaanya mengandungi estrogen dari sumber herba(phytoestrogen) akan mengalami peningkatan nafsu seksual disebabkan peningkatan histamin.
* Pernahkah anda melihat scene filem barat ketika bertemujanji antara pasangan kekasih? Kombo makanan laut (tinggi histamin)+ Arak (tinggi histamine) meningkatkan keinginan seksual wanita. Terdapat juga pandangan
bahawa histamine meningkatkan keseksian seseorang wanita!
Wow!!
Bayangkan senario kombo ini di kampung: Makanan laut (tinggi histamine) + masak lemak cilia api (nightshades)+ budu (tinggi histamine) + belacan (tinggi histamine) = SUPER SEXY hehehe..
.
.
.
PSEUDOALERGI DAN HISTAMINE INTOLERANCE
_______________________________________
.
Di dalam permasalahan pseudoalergi. Masalah timbul kerana variasi unik seseorang mungkin menyebabkan kekurangana enzim untuk menguraikan histamin. Antara enzim paling penting untuk menguraikan histamin ialah diamine oxidase (DAO).
.
Lemahnya atau kurangnya DAO ialah disebabkan variasi genetik (SNP).
Namun begitu, kekurangnya diterukkan lagi dengan radang di perut yang menyebabkan “rumahnya” rosak maka lama kelamaan DAO menjadi semakin pupus.
.
Anda perlu tahu bahawa pencernaan itu sendiri menyebabkan radang apatah lagi dengan pemakanan yang susah dicerna seperti lectin, gluten, kasein. Begitu juga pemakanan toksik seperti aditif dan bahan kimia dalam makanan proses, logam berat dan kuman(bakteria,virus,kulat).
.
Malahan TEKANAN EMOSI yang berpanjangan boleh menjadi penyumbang utama kerosakan perut. Dalam perubatan moden, salah satu akibatnya ialah STRESS ULCER disebabkan ransangan histamin pada pengeluaran asid perut dan juga reseptor mast sel di perut pecah secara pramatang membebaskan histamin. Ia mengakibatkan KERADANGAN (BENGAK, MERAH, PANAS, SAKIT, HILANG FUNGSI).
.
Bayangkan satu baldi berisi histamin yang dinamakan HISTAMINE BUCKET. Anda mengisinya dengan:
• Makanan susah dihadam. (gluten, casein, lectin)
• Makanan tinggi histamin.
• Tekanan perasaan .
• Stres oksidatif.
• Logam berat.
• Sesetengah ubatan seperti ubat tahan sakit NSAIDs, pil perancang (estrogen) dan lain-lain.
• Bahan kimia aditif di dalam makanan.
• Pestisid dan Herbisid di dalam tanaman yang anda makan.
• Ketidakseimbangan kuman di perut (gut dysbiosis) dan pembiakan berleluasa kuman (SIBO).
• Hormon dari sumber haiwan (Xenoestrogen) ataupun sumber tumbuhan (phytoestrogen).
.
Semakin lama baldi histamin anda semakin penuh, kerana semakin lama DAO di perut anda berkurangan kerana perut anda yang semakin “bocor” dan “meradang”. Simtom anda akan menjadi semakin teruk. Pseudoalergi anda juga semakin bertambah bahannya kerana perut anda LEBIH SENSITIF kerana peningkatan neurotransmitter HISTAMIN! Bahan yang biasanya boleh anda toleran sekarang menyebabkan simtom. Akhirnya anda takut untuk makan apa-apa terutamanya dari sumber protein yang susah dicerna dan menyebabkan simtom semakin teruk. Anda berpantang Cuma makan nasi dan sayur sahaja dan percayalah, ia adalah KEPUTUSAN YANG PALING TERUK UNTUK PEMULIHAN.
.
Anda semakin hilang punca dan badan anda semakin lemah kerana perut rosak menybabkan bateri sel (mitokondria) badan anda lemah. Sudah banyak kali ke klinik dan bermacam-macam rawatan anda buat tapi semakin teruk nampaknya. Bagaimanakah solusinya ya?
.
1) Biar makanan jadi ubatan. Perut ialah sumber kebanyakan penyakit dan anda perlu memulihkannya dengan MAKANAN!
Pilihlah makanan yang padat nutrisi.
2) Pantang sepatutnya hanyalah sementara. PUASA membenarkan perut anda membaiki apa yang rosak dan merehatkan fungsi system penghadaman.
Ia juga meningkatkan lagi kecekapan enzim terutamanya DAO dan hormon di dalam badan. Berhenti menyeksa perut dan badan anda sendiri.
3) Pulihkan perut bermakna DAO anda akan menjadi semakin Pulih. NUTRIGENOMIK menyokong sel anda dengan nutrisi mengisi kekurangan variasi genetik anda (SNP). Genetik profiling membantu tapi tidak semestinya perlu.
4) Kurangkan baldi histamin anda dengan makan makanan organic dan bebas bahan kimia serta bukannya makanan proses. Elakkan makan ubatan yang tidak perlu. Tambahkan kuman baik (probiotik) apabila perut anda sudah kurang radangnya dan DAO sudah pulih untuk mengimbangi kuman di dalam perut.
5) Kawal tekanan dari persekitaran dan konflik peribadi. Sokong dengan makanan yang membantu mood anda. Berzikir dan berserah kepada Tuhan. Semuanya adalah dari perlakuanNYA, bukan dari anda. Dan anda harus bersyukur atas segala perlakuanNya.
.
.
Semoga beroleh kesembuhan dariNYA insha Allah.
.
.
Yang Bercerita,
Encik Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

"GASTRIK" @ GASTRITIS (radang perut@ sakit ulu hati).
Ia merupakan radang perut (gastrik) disebabkan kebiasaanya oleh:
1) Ubat tahan sakit (NSAIDs) :diclofenac, aspirin, ibuprofen.meningkatkan histamin
2) Jangkitan kuman (H. pylori) : mengeluarkan toksin menyebabkan radang
3) Stress meningkatkan histamin
4) Makanan tinggi histamin.
Histamine yang tinggi menyebabkan peningkatan asid perut. Ini menyebabkan:
1) Reflux (asid naik ke atas esofagus), air liur jadi masam. Loya nak muntah
2) Asid tinggi sebabkan histamin tinggi (atau sebaliknya) akan beri kesan pada otak
- Sakit kepala
- Mabuk-mabuk
- Brain fog (otak takleh fikir dah..macam blurr gitu)
- Sesetengah orang yang berisiko, akan trigger anxiety dan panik.
Masalah histamin lain juga akan timbul seperti berdebar-debar, vertigo, alergi, gegata dll.
Antara cara konvensional mengurangkan gastrik ialah:
Ubat-ubatan
- Proton pump seperti nexium @ omeprazole: menyekat pembebasan asid
- Atau gunakan H1@ H2 blocker: menyekat histamin reseptor dari berfungsi.
Cara tanpa ubat
- Elakkan makanan tinggi histamin ataupun yang meransang pengeluaran histamin
- Gantikan ubat tahan sakit dengan alternatif kurang mudarat.
- Tingkatkan enzim DAO (diamine oxidase) untuk menguraikan histamin:
1) vitamin C
2) vitamin B6
3) Taugeh (pea sprouting)
Elakkan penggunaan antibiotik berlebihan terutamanya untuk jangkitan H. pylori tanpa simtom. (asymptomatic)
Ini kerana antibiotik berlebihan akan mengganggu keharmonian mikrobiata
Antibiotik juga membunuh kuman baik perut dan merosakkan selaput lapisan perut yang tinggi kandungan enzim DAO.
Rasanya post ni lebih senang faham. Lepas ni terangkan pasal resdung insha Allah.
Penafian: post ini tidak bertujuan merawat, mendiagnos atau menggantikan nasihat doktor perubatan. Sekiranya sakit, jumpalah doktor perubatan anda untuk pemeriksaan terperinci Emotikon smile

Ahad, 1 Mei 2016


PENYAKIT KENCING MANIS
Kencing manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia di samping strok / angin ahmar, tibi dan barah paru-paru. Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap Diabetes Mellitusatau kencing manis.
Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka menghidapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk anda mengenal pasti tanda-tanda tersebut dan mendapatkan rawatan segera, bagi mengelakkan anda dari menjadi korban penyakit kencing manis.


Jenis-jenis kencing manis

Terdapat dua jenis penyakit diabetes yang utama iaitu Kencing Manis Jenis 1 (Diabetes Type 1) dan Kencing Manis Jenis 2 (Diabetes Type 2).
 Kencing Manis Jenis 1 - "Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
  • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja.
  • Biasanya badan tidak dapat menghasilkan insulin.
 Kencing Manis Jenis 2 - "Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
  • Jenis yang paling biasa ditemui. Lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah dari Jenis 2.
  • Biasanya dihidapi oleh orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
  • Biasanya sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi.
Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin. Sebenarnya kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik.


Simptom-simptom kencing manis

Berikut adalah 10 tanda-tanda umum penyakit kencing manis yang anda boleh perhatikan. Tidak semua orang akan mengalami semua gejala berikut dan bagi mereka yang mengalaminya biasanya ianya tidaklah teruk. Ramai pesakit yang menghidapi kencing manis Jenis 2 tidak menyedarinya selama bertahun-tahun kerana tanda-tanda awalnya kurang ketara.
Doktor boleh melakukan ujian yang mudah untuk menilai risiko kencing manis anda. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, anda boleh mendapatkan rawatan serta membuat perubahan kepada gaya hidup anda sebelum ianya terlambat.
tanda kencing manis


10 Tanda-Tanda Umum Penyakit Kencing Manis

  1. Paras gula darah tinggi
    Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.
  2. Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam
    Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.
    Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.
    Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.
  3. Hilang berat badan secara tiba-tiba
    Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam masa dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.
    Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.
  4. Sentiasa rasa lapar
    Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, lalu menyebabkan tahap gula dalam darah jatuh.
    Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.
  5. Luka lambat sembuh
    Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota badan.
  6. Keletihan dan cepat marah
    Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.
  7. Terdedah kepada jangkitan kulat
    Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.
  8. Penglihatan kabur
    Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.
    Walau bagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.
  9. Sensasi pada tangan dan kaki
    Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki - ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.
  10. Kulit merengsa
    Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.
PENYAKIT refluks gastroesofageal atau gastroesophageal reflux 
disease (GERD) merupakan satu keadaan yang lebih serius daripada refluks gastroesofageal atau ‘gastroesophageal reflux’ (GER) yang biasanya dialami orang ramai.
Esofagus merupakan satu tiub yang mengangkut makanan dari dalam mulut ke dalam perut. LES pula adalah satu gelungan otot di bahagian bawah esofagus yang bertindak sebagai satu injap tutup/buka di antara esofagus dan perut.
GER berlaku apabila bahagian bawah sfinkter (pencerut) esofagus (LES) terbuka secara spontan beberapa kali atau tidak tertutup dengan betul, sehinggakan kandungan yang terdapat di dalam perut akan naik ke dalam esofagus.
GER juga dikenali sebagai refluks asid atau regurgitasi asid berpunca daripada jus pencernaan iaitu asid perut naik semula ke atas bersama-sama makanan yang dihadam.
Apabila refluks asid berlaku, pesakit boleh merasa makanan atau cecair di bahagian belakang mulut. Apabila asid perut bertindak secara refluks tersentuh dengan lapisan esofagus, kemungkinan ia akan menyebabkan rasa seakan terbakar di dada atau tekak yang dipanggil pedih ulu hati atau senak.
Jika seseorang itu jarang mengalami GER, keadaan seperti itu adalah biasa dan ia tidak bermaksud orang itu mempunyai GERD.
Refluks yang berlaku secara kerap iaitu lebih daripada dua kali seminggu, adalah GERD dan boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang lebih serius. Sesiapa sahaja boleh mengalami GERD tanpa mengira faktor umur.
Apakah simptom-simptom GERD?
Simptom utama GERD di kalangan orang dewasa adalah rasa pedih ulu hati yang kerap berlaku, juga dikenali sebagai senak iaitu satu kesakitan seakan terbakar di bahagian bawah tengah dada, bahagian belakang tulang dada dan di bahagian tengah abdomen.
Kebanyakan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan juga sesetengah orang dewasa yang menghidap GERD mengalami rasa pedih ulu hati.
Golongan dewasa juga akan mengalami simptom-simptom seperti batuk yang kering, asma (lelah) atau kesukaran menelan.
Apakah punca GERD?
Punca kenapa sesetengah orang menghidapi GERD masih belum diketahui dengan jelas. Walaubagaimanapun, kajian menunjukkan di kalangan pesakit ini, LES akan berada dalam keadaan relaks (rehat) manakala bahagian lain esofagus terus berfungsi.
Keabnormalan anatomi seperti hernia hiatal juga menyumbang kepada GERD. Hernia hiatal terjadi apabila bahagian atas perut dan LES bergerak ke atas diafragma iaitu dinding otot yang memisahkan perut dan dada.
Lazimnya, diafragma membantu LES menghalang asid daripada naik ke dalam esofagus. Apabila terdapat hernia hiatal, refluks asid akan berlaku dengan lebih mudah.
Hernia hiatal boleh terjadi ke atas sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan kebiasaannya dialami oleh mereka yang sihat dan berumur lebih daripada 50 tahun. Selalunya, hernia hiatal tidak menunjukkan sebarang simptom.
GERD di kalangan kanak-kanak
Adalah penting bagi kita untuk membezakan antara refluks fisiologi yang normal (GER) dan GERD di kalangan kanak-kanak.
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap GER adalah sihat dan ceria walaupun mereka kerap meludah atau muntah sementara bayi dengan GER selalunya akan berhenti daripada mengalami simptomnya apabila mereka berumur satu tahun.
Refluks yang berterusan selepas kanak-kanak berusia satu tahun mungkin merupakan GERD. Kajian menunjukkan GERD adalah biasa dan mungkin tidak diambil berat jika ianya berlaku di kalangan kanak-kanak.
Sebagai contoh, GERD boleh timbul sebagai regurgitasi yang berulang, rasa mual, pedih ulu hati, batuk, laryngitis atau masalah respiratori seperti ‘wheezing’, asma atau pneumonia.
Kanak-kanak dan bayi akan menunjukkan rasa tidak selesa atau melengkungkan bahagian belakang tubuh mereka secara kerap semasa atau sejurus selepas makan atau menyusu.
Bayi yang mempunyai GERD mungkin tidak mahu makan dan mengalami proses pertumbuhan yang lemah.
Berbincanglah dengan doktor atau pakar kanak-kanak (paediatrician) anda jika simptom-simptom yang berkaitan refluks berlaku secara kerap dan mendatangkan rasa tidak selesa buat anak anda.
Doktor anak anda juga boleh mencadangkan beberapa strategi yang mudah untuk mengelakkan refluks seperti memastikan bayi itu sendawa beberapa kali sewaktu menyusu atau menegakkan bayi itu selama 30 minit selepas menyusu.
Jika anak anda lebih tua, doktor boleh mencadangkan anak anda makan makanan dalam kuantiti kecil tetapi kerap dan mengelakkan makanan seperti:
* Soda yang berkafein
* Coklat
* Peppermint
* Makanan pedas
* Makanan berasid seperti oren,
tomata dan pizza
* Makanan berlemak dan bergoreng
Anak anda juga boleh mengelakkan daripada mengambil makanan dua hingga tiga jam sebelum waktu tidur.
Perunding kesihatan anda juga mungkin akan mencadangkan agar anda menaikkan bahagian kepala katil anak anda dengan blok kayu yang diletakkan di bawah kaki katil. Bantal sahaja tidak mencukupi.
Jika tindakan ini tidak mendatangkan sebarang perubahan, mungkin perunding kesihatan akan menasihatkan anak anda mengambil ubat.
Bagaimana GERD dirawat?
Berundinglah dengan pakar kesihatan anda jika anda telahpun mempunyai simptom- simptom GERD atau telah mula mengambil antasid atau ubat refluks yang diperoleh dari kaunter selama lebih daripada dua minggu.
Pakar kesihatan anda mungkin akan merujuk kes anda kepada pakar gastroentologi atau pakar bedah gastroenterologi iaitu seorang doktor yang merawat penyakit-penyakit berkaitan perut dan usus.
Bergantung kepada tahap keseriusan GERD anda, rawatan yang dicadangkan mungkin akan melibatkan sama ada anda melakukan perubahan dalam cara kehidupan anda, mengambil ubat ataupun menjalani pembedahan.
Secara umumnya, di Malaysia pesakit-pesakit GERD amat jarang memerlukan pembedahan. Rawatan melalui perubahan dalam cara hidup termasuklah:
l Berhenti merokok jika anda merokok.
l Elakkan makanan dan minuman yang memburukkan lagi simptom-simptom.
l Kurangkan berat badan (jika perlu).
l Makan dalam jumlah yang kecil dan secara kerap.
l Pakai pakaian yang longgar.
l Elakkan daripada berbaring untuk tiga jam selepas makan.
l Naikkan kepala katil anda sebanyak enam hingga lapan inci dengan meletakkan blok kayu di bawah kaki katil. Penggunaan bantal sahaja tidak akan membantu.

Ahad, 24 April 2016

Batu Karang dalam Ginjal (Buah Pinggang)
 

Apa dia Batu karang dalam Ginjal?

PENYAKIT batu karang dalam buah pinggang dan hempedu (kidney dan gall bladder) bukan penyakit baru tetapi juga dihadapi oleh orang tua-tua kita dan mereka telah menemukan banyak kaedah dan rawatan untuk penyakit ini. 

Batu karang dikenali dalam istilah perubatan sebagai kalkulus dan penyakitnya disebut nefrolitiasis. 

Batu karang terbentuk daripada pemendapan jasad-jasad hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain. Bentuk dan saiznya berbeza; ada yang serupa bujur telur ayam, lonjong, tajam, halus atau berbutir-butir. Penyumbang atau kerosakan yang disebabkan wujudnya batu karang ini boleh menimbulkan rasa yang amat sakit di kawasan pinggang atau kawasan organ seks. 

Rasa sakit ini disebut kolikrenal (renal colic). Batu karang yang pecah juga boleh menjadi punca berlakunya pengumpulan bakteria. 

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia. 

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar. 

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera. 

Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa ? 

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya. 

Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita. 

Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda. 

Apakah tanda-tandanya

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar. 

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera. 

Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati ? 

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini. 

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu. 

Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.
 
Batu karang hempedu adalah jenis Batu karang yg boleh juga terdapat di pundi hempedu, duktus sistik dan duktus hempedu. Keadaan ini juga disebut kolelitiasis. Ia lebih sering berlaku pada wanita yang pertengahan atau lanjut usia dan yang guna pil perancang keluarga. Kolesterol, pigmen (bilirubin digluoronida), atau gabungan pigmen, protein dan garam galian (misalnya kalsium) yang terdapat dalam cecair hempedu membentuk hablur dan seterusnya mengeras menjadi batu karang yang mempunyai saiz berbeza-beza.

Gejala-gejala kolesistitis akut ialah rasa lemah badan, hilang selera makan, demam dan rasa sakit sebelah kanan badan sekitar bawah tulang rusuk akhir menjalar ke bahu kanan. Rasa sakit juga terasa di hempedu apabila menarik nafas. Penyumbatan di duktus hempedu sesama pula menimbulkan jaundis, kolik biliari dan kolangitis.

Penyakit batu karang lebih cenderung berlaku pada mereka yang sudah lanjut usia, penghidap gout, mereka yang alami jangkitan bakteria di saluran kencing dan mereka yang menghidap penyakit metabolik (penyakit yang disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan enzim tertentu yang diperlukan untuk metabolisme asid amino, karbohidrat dan lain-lain).

 
Cara atasi penyakit batu karang

ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.
Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:
·  Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
·  Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
·  Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
·  Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
·  Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
·  Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
·  Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
·  Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

Sabtu, 23 April 2016


SIMPTOM BATU DALAM HEMPEDU
Bagaimana nak tau samada anda ada batu dalam hempedu atau tak? Biasanya memang tak ada simptom yang khusus, tapi, kalau kena simptom berikut, elok la pergi check. Atau saja buat routine medical check-up pun boleh.

(1) Sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan gejala seperti rasa sakit yang berpanjanganselama beberapa minit di bahagian kanan atas abdomen. Rasa sakit ini disebut ‘gallstone colic’. Gejala ini biasanya disertai dengan loya dan muntah.

(2) Demam - Keradangan pundi hempedu atau jangkitan hempedu statik dipanggil cholecystitis akut dan ia boleh menyebabkan demam.

(3) Batu karang hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan. Hempedu yang berlebihan akan melimpah ke peredaran sistemik lalu menyebabkan jaundis atau mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan.
Bagi kes yang teruk pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit menyebabkan gatal.

(4) Sakit perut, loya dan muntah.

(5) Batu karang hempedu di bahagian hujung duktus hempedu sesame akan menghalang aliran enzim pankreas dari pankreas kerana duktus hempedu sesame dan duktus pankreas berkongsi laluan ke dalam duodenum yang dipanggil ‘Ampulla of Vater’.
Aliran enzim pankreas yang tersekat boleh menyebabkan radang pankreas, atau Pankreatitis Akut. Ia menyebabkan sakit teruk di tengah bahagian atas abdomen hingga ke belakang.
PUNCA BATU DALAM HEMPEDU


(1) Batu dalam hempedu biasa terbentuk sekiranya kandungan kolesterol di dalam darah terlalu banyak.
2) Kurang minum air
3) Suka makan benda berlemak
4) Suka makan benda-benda masin
5) Suka makan nasi lemak (bilis,sambal dan santan sangat bahaya)
6) Suka makan “seafood” yang kaya dengan kolestrol jahat

RAWATAN UNTUK BUANG BATU HEMPEDU
PERKONGSIAN EN IZWAN MOHAMED NORDIN di Facebook

Saya nak kongsi pengalaman kena penyakit batu hempedu pada tahun 2010. Antara tanda-tanda awal penyakit ini adalah seperti hilang selera, badan lesu dan mata kabur. Kulit serta mata putih nampak kekuningan. 

Pada suatu hari tiba-tiba terasa sakit yang teramat pada pinggang hingga saya berguling-guling, terasa pinggang macam dicucuk-cucuk, rasa loya nak muntah pun ada dan demam secara tiba-tiba . Saya terus ke KPJ Kajang dan doktor sahkan ada batu dalam hempedu. Doktor sarankan jalani pembedahan untuk membuang hempedu. Tapi saya tak puas hati. Doktor tu ada juga sarankan minum jus epal banyak-banyak. Di rumah saya google sendiri cari alternatif. Cari punya cari jumpa satu petua yang agak boleh pakai dan saya amalkan sampai sekarang. Petua ini telah selamatkan hempedu saya dari dibuang.

Petua rawat "Batu Dalam Hempedu (gallstone flush)" tanpa pembedahan.

Cara 1 : Express 1 hari
1. Puasa dari jam 12 malam sebelum mulakan cara ini pada keesokan hari. Maksudnya makan malam sebelum 12 malam.
2. Esok pagi sarapan - minum jus 3 biji epal hijau (granny smith) . Boleh dapat di kebanyakan pasaraya. Saya kupas kulitnya dan blend sendiri.
3. Makan tengahari - minum jus 3 biji epal hijau
4. Makan malam - minum jus 3 biji epal hijau
5. Banyakkan minum air kosong selama proses ini.
6. Sebelum tidur (10 malam) – Campurkan air perahan lemon (3 biji) dengan minyak zaitun (250ml) . Minum sampai habis.
7. Lansung tidur. Kalau boleh posisikan badan mengiring ke kanan dan rapatkan kaki ke badan (tidur dengan badan kerekot). Ini dapat membantu proses mengeluarkan batu hempedu.

Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu2 karang keluar.

Cara 2: Proses 6 hari
1. Setiap hari minum air epal hijau (granny smith) selama 5 hari pertama selepas makan sarapan, makan tengahari, makan petang dan makan malam.
2. Pada hari ke 6 : Lepas sahur mula puasa.
3. Buka puasa lebih kurang jam 6 petang.
- 6 pm : minum dengan bancuhan 1 cawan air dan 1 sudu teh garam Epsom.
- 8 pm : ulang minum garam Epsom (boleh didapati di Guardian atau farmasi)
- 10 pm : Sebelum tidur. Campurkan air perahan lemon (3 biji) dengan minyak zaitun (250ml) . Minum sampai habis.

Perut akan rasa memulas nak buang atau rasa nak buang esok pagi.

Seelok-eloknya rancang bila nak mula proses hari pertama. Supaya tak ganggu rutin harian. Contohnya hari ke 6 tu jatuh pada hari hujung minggu. Tak ada la letih sangat sebab berpuasa.

Tujuan penggunaan
- limau adalah untuk menumpulkan permukaan batu-batu hempedu. Supaya tidak mencederakan organ dalaman semasa proses bergerak keluar dari hempedu.

- Epal hijau pula bertujuan untuk melembutkan batu-batu hempedu agar ia senang dan mengelongsor keluar dari hempedu

- Minyak zaitun. Selepas berpuasa, minyak zaitun masuk ke dalam badan, ia akan dikesan sebagai kandungan lemak yang tinggi. Isyarat akan dihantar kepada hempedu supaya bekerja keras. Secara tidak langsung batu hempedu akan dipam keluar semasa hempedu bekerja pada tahap luar biasa ini.

- Garam Epsom pula membantu membuka saluran hempedu

- Amalkan 6 bulan sekali.

Selamat mencuba. Insyaallah
Boleh lawati Facebook untuk baca pengalaman dan tips bekas pesakit di sini 

BAGAIMANA MENGATASI BATU DALAM HEMPEDU
Anda dah tau apa yang menyebabkan batu dalam hempedu dan cara merawatnya. Seboleh-bolehnya, anda kawal tubuh badan anda supaya tidak kena batu dalam hempedu ni.

Bagaimana? 
Dengan menjaga pemakanan anda, iaitu dengan mengurangkan makanan yang boleh menyebabkan batu hempedu seperti yang disebut di atas.

Jumaat, 15 April 2016





PRODUK

RANGKAIN PRODUK GANO EXCEL
REISHI GOLD
Reishi Gold adalah makanan kesihatan 100% ekstrak Ganoderma lucidum yang berkualiti tinggi dan 100% larut air. Semakin tinggi kadar Reishi Gold larut di dalam air, semakin banyak komponen aktif Ganoderma akan diserap masuk ke dalam salur darah. Komponen aktif Ganoderma bertindak sebagai agen dalam meneutralkan dan membuang toksin berbahaya yang terkumpul di dalam badan.
Reishi Gold juga mengandungi kepekatan Adenosine yang tinggi. Berdasarkan kajian, Adenosine di dalam Ganoderma lucidum bertindak menghalang rekatan platlet darah. Rekatan platlet adalah permulaan kepada penyempitan pembuluh darah yang seterusnya menyebabkan penyakit koronari arteri seperti penyakit jantung dan strok.
Oleh itu, fungsi Adenosine di dalam Reishi Gold yang menghalang rekatan platlet berlebihan mampu melancarkan peredaran darah sekaligus memastikan kesihatan kardiovaskular anda.
Berikut adalah antara manfaat Reishi Gold yang dikatakan memberikan nilai kesihatan terhadap sistem tubuh badan seperti :-
http://www.nexgen139.com/images/arrow.png
Meningkatkan sistem imun badan dan mengelakkan tumor.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.png
Membantu menyeimbangkan paras gula dalam darah.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.png
Membantu mengeluarkan himpunan toksin dalam badan.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.png
Membina ketahanan terhadap alergi.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.png
Menurunkan paras kolesterol dan lemak dalam darah.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.png
Membantu menghalang sumbatan dalam sistem darah dan mengimbangi tekanan darah.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.png
Membantu melancarkan peredaran darah dengan memperbaiki sistem kardiovaskular.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.png
Membantu menguatkan sistem penghadaman.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.png
Berfungsi sebagai agen pelindung hati.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.png
Raja Penyahtoksin badan.
Cadangan pemakanan :
  • 1 – 2 kapsul.
  • 2 kali sehari ( pagi & malam ).
  • Untuk kesan lebih baik, ambil ketika perut kosong ( sebelum sarapan pagi ) terutamanya selepas bangun tidur di awal pagi, pada waktu malam sekurang-kurangnya 1 jam sebelum makan malam.
  • Untuk tujuan teraputik, ambil sebanyak 6 kapsul sehari. Untuk pesakit Ulser dan Gastrik, ambil selepas makan. Untuk hasil yang lebih berkesan, ambil bersama Excellium Gold dan Sakanno.

EXCELLIUM GOLD
Excellium Gold merupakan ekstrak Miselia Ganoderma lucidum yang menggunakan teknologi pengekstrakan secara spesifik. Proses pengekstrakan Miselia Ganoderma lucidum ini mengikut nisbah 5:1. Dalam erti kata yang lain, 5 bahagian Miselia Ganoderma lucidum digunakan untuk menghasilkan 1 bahagian Excellium Gold. Ini bermaksud, bahan aktif Miselia Ganoderma lucidum di dalam Excellium Gold adalah 5 KALI LEBIH berbanding Excellium.
Excellium Gold juga 100% larut air. Oleh itu, penyerapan bahan aktif terutamanya, Organik Germanium ke dalam darah adalah lebih berkesan. Ini menjamin bekalan oksigen ke seluruh bahagian badan berjalan lancar kerana peningkatan paras Organik Germanium dapat meningkatkan keupayaan sel darah merah mengangkut lebih banyak oksigen ke seluruh badan.
Berikut adalah antara manfaat Excellium Gold yang dikatakan memberikan nilai kesihatan terhadap sistem tubuh badan seperti :-
http://www.nexgen139.com/images/arrow.png
Membantu perkembangan fungsi otak dan kecerdasan minda.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.pngMembantu menguatkan sistem imun dan ketahanan badan.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.pngBertindak sebagai agen anti tumor untuk mencegah ketumbuhan.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.pngMembantu membersihkan keracunan larutan air dalam badan.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.pngMembekalkan zat galian bagi keperluan sistem badan.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.pngMembantu membekalkan oksigen yang tinggi ke dalam badan dan sistem saraf terutama otak.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.pngMembantu memulihkan fungsi pankreas untuk menurunkan paras gula dalam darah.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.pngMembantu meningkatkan metabolisma badan.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.pngMembantu membekalkan tenaga dan menghilangkan kelesuan.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.png
Membantu meningkatkan kecantikan dan kesihatan kulit.
Cadangan Pemakanan :
  • 1 – 2 kapsul ( dewasa ), ½ kapsul ( kanak-kanak ).
  • 2 kali sehari ( pagi & malam ).
  • Untuk kesan lebih baik, ambil ketika perut kosong ( sebelum sarapan pagi ) terutamanya selepas bangun tidur di awal pagi, pada waktu malam sekurang-kurangnya 1 jam sebelum makan malam.
  • Untuk tujuan teraputik, ambil sebanyak 6 kapsul sehari. Untuk hasil yang lebih berkesan, ambil bersama Reishi Gold dan Sakanno.


GANODERMA
Dihasilkan daripada kombinasi 6 spesis cendawan Ganoderma lucidum iaitu Ruyi, Kimshen, Merak, Otak,
Jantung dan Hati yang mempunyai kesan teraputik yang tinggi. Pengambilan secara berterusan dapat membantu memperbaiki dan mengekalkan kesihatan secara optimum.
Berikut adalah antara manfaat Ganoderma yang dikatakan memberikan nilai kesihatan terhadap sistem tubuh badan seperti :-
http://www.nexgen139.com/images/arrow.pngMembantu menguatkan sistem imunisasi dan pemulihan badan.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.png Anti-kanser, anti-oksidan, anti-bakteria, anti virus, anti fungal, anti tumor, anti radang dan anti alergi.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.pngMembantu meningkatkan metabolisme badan.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.pngMembantu melancarkan peredaran darah dengan memperbaiki sistem kardiovaskular.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.pngMembantu menurunkan paras kolesterol darah.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.pngMenyeimbangkan paras tekanan darah dan pH darah.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.pngMembantu menyeimbangkan paras gula dalam darah.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.pngMembantu meningkatkan tenaga badan.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.pngMembantu menguatkan sistem penghadaman.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.pngBerfungsi sebagai agen pelindung hati.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.pngRaja Penyahtoksin badan.

Kehebatan Ganoderma:
http://www.nexgen139.com/images/arrow.png
Ganoderma dikatakan mampu MENGESAN penyakit dan toksin yang tersembunyi dalam badan maka badan akan mengeluarkan simptom untuk membantu kita mengenalpasti tempat yang sakit.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.png
Seterusnya Ganoderma akan MEMBERSIH dengan cara menyingkirkan asid urik, asid laktik, kolesterol, lemak, tisu mati dan bahan kimia yang terkumpul di dalam badan melalui sistem perkumuhan seperti air kencing, najis, peluh atau bisul, ruam atau kahak.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.png
Seterusnya badan akan melakukan proses MENYEIMBANG iaitu tubuh badan akan memulihkan dirinya dan mengaktifkan fungsi setiap organ tubuh badan untuk proses MEMBAIKPULIH di mana Ganoderma akan merangsang badan memperbaiki dan membina sel dan tisu badan yang rosak serta menguatkan sistem imunisasi.
http://www.nexgen139.com/images/arrow.png
Akhir sekali Ganoderma akan MEREMAJAKAN tubuh badan dengan mengekalkan fungsi dan sistem badan ke tahap optimum.
Cadangan Pemakanan:
  • 1 – 2 kapsul
  • 2 kali sehari ( pagi & malam )
  • Untuk kesan lebih baik, ambil ketika perut kosong ( sebelum sarapan pagi ) terutamanya selepas bangun tidur di awal pagi, pada waktu malam sekurang-kurangnya 1 jam sebelum makan malam.
  • Diambil bersama Excellium dan Sakanno.
Tindakbalas Rawatan:
Sila rujuk Panduan Kesihatan Ganoderma dan Buku Herba Ajaib Ganoderma lucidum.

EXCELLIUM